Friday, 28 September 2018

Last Post

.

Dear Watashinonikki,

Ini adalah entri terakhir didalam blog lama ini.

. . .

Aku harap kau tidak bersedih. Yang pasti aku akan kembali nanti.

Membaca celoteh yang pernah aku coretkan disini.

Terima kasih kerana menjadi tempatku meluahkan rasa gembira dan kecewa.

Aku ingat dan akan sentiasa meletakkanmu di satu tempat disudut hati ini.


Terima kasih. Sayonara selamanya~




Sunday, 16 September 2018

Where Am I ?

Wohoooo!

3 tahun lepas, aku ada menulis satu entry setelah 3 tahun senyap menyepi.

3 tahun kemudian berlalu sekali lagi, menjadikan hari ini adalah entri pertama selepas 3 tahun lepas.

Jika ditanya pada waktu ini, kenapa aku menulis 04 Ogos yang lalu, aku sendiri pun tak tahu. Malah aku sendiri tak tahu diwaktu manakah perjalanan hidup aku ketika itu.

It's seem like I'm lost somewhere in this world~

Aku pun tak pasti apa yang berlaku,

Yang pasti banyak suka duka kehidupan.
Ada derita dan bahagia.
Ada kekewaan dan juga harapan.
Tak dilupakan juga ada fantasi dan realiti.

Entah bila lagi akan ku tulis entri sekali lagi.

Apa pun, saat ini azan baru berkumandang menandakan waktu Subuh telah masuk. Dan beberapa jam lagi aku akan bertolak ke Ipoh untuk melihat rumah milik isteriku. Semoga kita berjumpa lagi Watashinonikki !

I can feel you when I close my eyes and facing to the sky.

Tuesday, 4 August 2015

Hello Watashinonikki | 私の日記

Hi guys. I'm back~

Empat haribulan lapan, tahun dua ribu lima belas | 04 Ogos 2015

Jika diikutkan tarikh terakhir aku menulis blog ini, dah 3 tahun lebih aku membiarkan blog peribadiku ini terbiar begitu sahaja. Kadang kala hati aku terdetik untuk menulis, bukan sedikit perasaan rindu itu, agak kuat juga, tapi tetap aku biarkan dek kerana kesibukan dalam menempuhi hidup aku.

After 3 year. What happened to me?

Jika diikutkan tarikh terakhir blog ini ditulis, masa itu aku masih lagi seorang pelajar tadi dan sedang menjadi latihan industri di iPerintis (sekarang dikenali sebagai Petronas ICT). Dah lama. Dah macam-macam perkara berlaku dalam tempoh 3 tahun ni. Kalau nak ulas satu-satu, mana nak ingat. Kalau ingat sekalipun, ambil masa bertahun juga lah untuk diceritakan semua. Fuh.. Memang kerja gila.

Dipendekkan cerita, inilah yang berlaku sepanjang masa aku tidak menulis.

  • Tamat latihan industri di iPerintis
  • Kembali ke TATiUC untuk Final Year Project
  • Sertai Pertandingan Kemahiran Malaysia
  • Bla bla bla.. (sebab tak ingat)
  • Balik kampung
  • Jadi budak jaga Cyber Cafe
  • Temuduga di Petaling Jaya
  • Dapat kerja tapi tahan 2 minggu sahaja
  • Balik kampung balik
  • Temuduga di Putrajaya
  • Diterima kerja sementara di Kementerian Pelajaran, Parcel E
  • Berkenalan dengan kawan-kawan yang comel dan sweet
  • Dapat kerja kat Hewlett Packard
  • Berpeluang jumpa Kwang Soo (Running Man) secara live
  • Diserap masuk jadi pekerja tetap di HP
  • Berkahwin
  • Dapat anak
  • Berpindah ke Seri Kembangan
Yang paling penting sekali, ramai kawan-kawan aku yang dah berkahwin juga. Menandakan umur aku yang kian meningkat. Ini bukan lagi zaman kawan dapat awek baru, tapi zaman kawan kawin dapat anak baru. Hehehe

Fuhh...

Cukup sampai kat sini untuk hari ni. 3 tahun tidak menulis membuatkan aku jadi kekok. Insyaallah dalam masa terdekat, blog ini akan kembali ditulis.

:)

Tuesday, 31 July 2012

Tertutup Kembali


Watashinonikki | 私の日記

Hari ini setelah beberapa lamanya aku meninggalkan blog, aku rasa ada baiknya aku tutup saja dari orang lain membacanya. Iyalah. Apa gunanya andai blog dibuka untuk paparan tetapi tiada update. hehehe.

Apa yang terjadi sepanjang aku sunyi dan sepi, biarlah ingatan ini singgah dan pergi. Biarlah ianya menjadi misteri. XD

Watashinonikki | 私の日記 untuk paparan umum,
Kini Ditutup.

Thursday, 28 June 2012

Perlukah Aku Menulis?


Mencari Ilham Dibawah Pelangi~

Hari demi hari, masa berganti masa. Hati aku semakin berat dan kian berdebar-debar.

-----

"Kau tak mahu menulis cerita superhero?"
"Perlukah?"

"Bukankah ini minat kamu? Menjadi seorang penulis dan berkongsi fantasi kamu?"
"Menjadi penulis memang ada. Tetapi tak pernah aku fikirkan untuk berkongsi cerita ini."

"Kalau begitu, mulakan sahaja. Tak perlu risau akan kualiti dan tak perlu tunjukkan kepada sesiapa andai rasa tidak bersedia. Tetapi tulislah dahulu menulis dan simpan sehingga tiba masanya. OK?"

Aku hanya mendiam dan selepas itu mengangguk tanda setuju.

"Alhamdullilah. Tak perlu lagi aku menanggung lagi perasaan resah tentang kisah ini lagi. Kan senang kalau kita settle hal ini awal-awal." :)

-----

Aku tersenyum dan mula terfikir samada ingin membuka blog baru untuk penulisan ini.

p/s: Perbualan ini hanyalah antara aku dan diriku yang satu lagi.

Tuesday, 26 June 2012

Pengalaman Baru


Hari ni aku hanya melepak je kat pejabat memandangkan takde tugasan yang perlu diselesaikan. Bukannya malas tetapi memang takde user yang datang dan kalau yang ada pun, terus kami selesaikan disitu juga. Disebabkan 2 hari dah free, maka geng kami buat gila dengan pergi bergambar kat Air Terjun *nama mende ntah... -_- * dekat Kampung Baru, Kerteh. Yohooo~

Dengan perjalanan yang mengambil hampir setengah jam, kami akhirnya tiba disana. Bukan nak mandi pun, setakat pergi makan nasi dalam hutan pastu tangkap gambar keindahan air terjun tu. Cantik tak cantik air terjun tu, aku tengok air dia memang jernih, dalam dan sejuk. Sayangnya kami tak sempat mandi memandangkan kami tak bersedia pun. Baju pun tak bawa. Haha.

Balik kerja pula, aku tunggu Farid kat depan pintu masuk Petronas. Rupa-rupanya dia balik kerja pukul 5.30 petang. Malam ni aku tidur kat rumah sewa dia. Saja-saja nak tengok keadaan rumah. Kalau sesuai, aku nak duduk sana. Tapi nampak macam tak sesuailah pula sebab kat sana banyak masalah. Huhuhu

Apa-apa pun memang bestlah sebab rumah kampung sebab mandi air telaga kan? Ada kenangan terjatuh pula tu. Keh keh keh..

Kenangan oh kenangan.... XD

Monday, 25 June 2012

Kehadapan Watashinonikki | 私の日記


Kehadapan Watashinonikki | 私の日記,

Maafkan aku kerna membiarkan kamu bersendirian dan sehingga sudah tidak tercoret lagi apa-apa disini. Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan sehingga tidak terdaya untuk aku menjenguk sebentar keadaanmu. Terlalu besar masalahku sehingga bukan sahaja kamu yang terjejas tetapi juga kehidupanku sendiri. Maka, masakan aku akan mementingkanmu disaat aku harus memikirkan sesuatu yang lebih penting?

Watashinonikki | 私の日記,

Aku berjanji aku akan lebih kerap kembali kepada mu dan mencoretkan susah dan perit hidup ini, kenangan indah dan manis yang aku lalui dan apa jua yang aku terfikir untuk dilakarkan disini. Bukankah kamu ini Watashinonikki | 私の日記 ku yang bermaksud Diariku? Sememangnya aku layakkan untuk aku berada disini, bukan?

Watashinonikki | 私の日記,

Kamulah lambang isi hatiku. Maka senyumlah kerna satu hari nanti aku akan kembali menghadapmu dan membaca segala apa yang tercoret disini. Nantikanlah.

Dari si penconteng,
Ahmad Sufi Ahmad Asri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...